Kuala Lumpur senyumlah dikau, moga-moga kau akan aman selama-lamanya. Aku mula jejaki kau sejak 30 tahun yang lalu dengan diiringi lagu Senyumlah Kuala Lumpur oleh Allycats yang seiringan dengan perasaan ku semasa itu. Ketika itu kau memang pusat segalanya samada suka dan duka dengan hanya mercu tanda muda-mudi hanya Pertama Kompleks dan Sungai Wang Plaza. Ya aku masih ingat .....emm sungguh seronok ..ya.....Apakah kau masih ingat lagi wahai Kuala Lumpur dengan Pudu Raya mu dahulu ....hahaha sesak dengan teman-temanmu yang sibuk untuk ke tempat asal mereka...ya aku juga masih ingat ketika menemani teman gadis ku ketika itu bersama asap-asap bas yang hangit. Aku masih ingat lagi ketika aku sendiri berhempas-pulas mengejar bas Fo Hup atau SKS hahha seronoknya. itulah kau wahai Kuala Lumpur. Apakah kau masih ingat aku dan teman gadis ku menyusuri jalanmu yang lenggang di ketika itu dan disapa oleh kawan sepejabat ku hhaha..lucunya. Kuala Lumpur kau memang hebat.. Apakah kau masih ingat dengan setinggan-setinggan mu dulu?...tumbuh bagaikan cendawan hahha aku juga teringat diketika itu menyusuri lorong-lorong setinggan mu yang sempit hahha amat seronoknya. Aku juga masih ingat dengan bas-bas mini mu dulu hahha ada yang kecil sehingga aku terpaksa tunduk dari Chow Kit Road ke Gombak hahah seronoknya bila didepan ku ada awek hahha. Wahai Kuala Lumpur kau memang mesra, kau memang meriah dimalam hari dengan pasar malam mu...Aku juga teringat bila makan satay di Pasar Malam bila aku dan Osman terjun dari bas dan berlari pulang kerana sakit perut hahaha lucunya...............( bersambung)
No comments:
Post a Comment