Pada 04 Julai 2011 yang lalu ku lihat ramai jiran-jiran ku berkumpul sambil berbual di hadapan rumah ku. Aku ingin mengetahui apa yang dibualkan lalu terus keluar mencampuri mereka dan terus bertanya ada apa-apa perkara yang aku tidak tahu. Mereka menyampaikan berita sedih iaitu seorang anak jiran telah terbunuh kerana kemalangan motorsikal yang diboncengnya ...Haaaaaa.. aku terus yakin akan peristiwa yang menimpa ke atas anak jiran tersebut kerana aku pernah menegur ayah mangsa bahawa anaknya kerap menaiki motorsikal dengan laju dan tidak menjaga keselamatan, malang yang timpa jiran ku ini adalah beliau baru saja terlibat dengan motorsikal juga dan kaki beliau masih lagi berbalut. Tanggapan aku salah yang menyangkakan anaknya yang gemuk itu terbunuh pada hal abangnya yang masih di tingkatan 5 itu yang terbunuh bersama seorang lagi kawannya. Emm kenapa perkara ini sering berlaku ?. Di malam hari kami menunggu jenazah sehingga jam 12.45 pm tapi masih lagi belum sampai disebabkan proses post moterm. Menurut waris simati mahu mengebumikan jenazah pada esok pagi tapi disyorkan oleh jiran-jiran yang lain agar disegerakan. Hj Darwis telah menalefon penggali kubur kira-kira jam 10pm dan bersetuju dengan syarat bayaran sebanyak RM200 kerana mereka terpaksa menggali berempat agar cepat siap. Tatkala jenazah ingin disembahyangkan aku terdengan kawan simati menangis tersedu-sedu ...aku juga sebak bila mendengarnya...tapi apa boleh buat yang mati tak akan hidup kembali dan beginilah pengakhiran hidupnya, yang merisaukan kita pula bagaimana pula pengakhiran hidup kita nanti. Wallahhualam....