Thursday, February 13, 2014

Air Akan DiCatu Sekali Lagi

Sudah 3 minggu hujan tidak turun di Kuala Lumpur.  Panas bukan kepalang, pagi panas tengahari bertambah panas, petangpun panas malah malam lagi panas.  Bukan sahaja sukar hendak lelapkan mata masalah bertambah apabila nyamuk pula bermaharaja lela. Ingat kita tidak boleh elak semua ini kerana sudah ditakdirkan oleh Allah kepada kita. Apa yang malang air takungan semakin susut, akhbar telah mula melaporkan bahawa Air Bakal DiCatu sekiranya hujan tidak lagi menjelma, nah bermasalah lagi nampaknya bagi penghuni Kota Raya ini. Bagi aku perkara ini kerap sahaja dialami. Dulu semasa di Setapak Jaya pernah berlaku ketiadaan air selama 4  bulan. Marah...geram bukan kepalang. Bertebaran mencari air malah paip bomba juga dicerobohi sehingga kawan aku seorang guru terpaksa menjawab soalan dari pegawai bomba kerana perkara ini.  Aku marah kerana bagaimana rumah setinggan disekitar Jalan Jelatek ada air sedangkan Taman Setapak Jaya yang membayar cukai pintu tiada bekalan air. Kau orang tahu tak tangan aku jadi panjang setelah menjinjing baldi yang berat.  Kini aku telah berpindah ke Taman Keramat Permai tapi masalah air ni juga sering berlaku. Sebenarnya aku sering berfikir tentang air hujan yang melimpah ruah turun ketika dua bulan yang lepas, kita tidak pernah pula terfikir kenapa air hujan ini tidak ditakungkan untuk kegunaan semasa perlu. Sepatutnya setiap rumah perlu adakan takungan ini agar boleh digunakan ketika darurat. Masjid, Surau, Sekolah-sekolah, pejabat-pejabat Kerajaan sepatutnya sudah lama memikirkan perkara ini . Khidmat nsihat dari pakar perlu digunakan bagaimana air hujan ini boleh dijadikan keperluan setiap rumah dengan menapiskan , menuterelkannya buat basuh punggung je sudah menjimatkan bil. Kerajaan tempatan tidak pernah peka dengan banyaknya kedai basuh kereta yang rasenya rata-rata dijalankan oleh Pendatang Asing. Penting sangat ke membasuh kereta ni?

Tuesday, February 11, 2014

Kuala Lumpur buat masa ini amat panas... siang dan malam adalah sama . Suhu mencecah sehingga 33darjah celcius. Memang panas rasenya sudah hampir 3 minggu hujan tidak turun. Rumput-rumput ditepi jalan sudah mula kekuningan dan rasenya jika hujan masih tidak turun lagi munkin rumput-rumput itu akan mati.  Persoalannya kenapa pihak berkuasa tempatan tidak mengambil tindakan?  Apakah mereka hanya mengambil sikap tunggu dan lihat sahaja dengan tidak mengambil tindakan untuk menyiram air. Apakah mereka berfikir bahawa rumput-rumput ini tidak penting? yang selama ini menghijau, menyelubungi tanah dan debu dari berterbangan bila terkena angin kereta, apakah tidakkah mereka tahu rumput-rumput inilah yang mengukuhkan tanah-tanah tempat dirinya bangunan-bangunan. Nah bagaimana jika rumput-rumput ini mati? sudah pasti tanah akan terdedah kepada hujan yang bakal menerjah dan menghakiskannya ke jalan-jalan raya seterusnya ke longkang lantas menyekat aliran air justeru berlakulah banjir kilat dan masalah-masalah sampingan yang akan dirasai oleh penghuni KOTA ini jadi bagaimana Kuala Lumpur ini akan tersenyum lagi?