Thursday, February 13, 2014

Air Akan DiCatu Sekali Lagi

Sudah 3 minggu hujan tidak turun di Kuala Lumpur.  Panas bukan kepalang, pagi panas tengahari bertambah panas, petangpun panas malah malam lagi panas.  Bukan sahaja sukar hendak lelapkan mata masalah bertambah apabila nyamuk pula bermaharaja lela. Ingat kita tidak boleh elak semua ini kerana sudah ditakdirkan oleh Allah kepada kita. Apa yang malang air takungan semakin susut, akhbar telah mula melaporkan bahawa Air Bakal DiCatu sekiranya hujan tidak lagi menjelma, nah bermasalah lagi nampaknya bagi penghuni Kota Raya ini. Bagi aku perkara ini kerap sahaja dialami. Dulu semasa di Setapak Jaya pernah berlaku ketiadaan air selama 4  bulan. Marah...geram bukan kepalang. Bertebaran mencari air malah paip bomba juga dicerobohi sehingga kawan aku seorang guru terpaksa menjawab soalan dari pegawai bomba kerana perkara ini.  Aku marah kerana bagaimana rumah setinggan disekitar Jalan Jelatek ada air sedangkan Taman Setapak Jaya yang membayar cukai pintu tiada bekalan air. Kau orang tahu tak tangan aku jadi panjang setelah menjinjing baldi yang berat.  Kini aku telah berpindah ke Taman Keramat Permai tapi masalah air ni juga sering berlaku. Sebenarnya aku sering berfikir tentang air hujan yang melimpah ruah turun ketika dua bulan yang lepas, kita tidak pernah pula terfikir kenapa air hujan ini tidak ditakungkan untuk kegunaan semasa perlu. Sepatutnya setiap rumah perlu adakan takungan ini agar boleh digunakan ketika darurat. Masjid, Surau, Sekolah-sekolah, pejabat-pejabat Kerajaan sepatutnya sudah lama memikirkan perkara ini . Khidmat nsihat dari pakar perlu digunakan bagaimana air hujan ini boleh dijadikan keperluan setiap rumah dengan menapiskan , menuterelkannya buat basuh punggung je sudah menjimatkan bil. Kerajaan tempatan tidak pernah peka dengan banyaknya kedai basuh kereta yang rasenya rata-rata dijalankan oleh Pendatang Asing. Penting sangat ke membasuh kereta ni?

Tuesday, February 11, 2014

Kuala Lumpur buat masa ini amat panas... siang dan malam adalah sama . Suhu mencecah sehingga 33darjah celcius. Memang panas rasenya sudah hampir 3 minggu hujan tidak turun. Rumput-rumput ditepi jalan sudah mula kekuningan dan rasenya jika hujan masih tidak turun lagi munkin rumput-rumput itu akan mati.  Persoalannya kenapa pihak berkuasa tempatan tidak mengambil tindakan?  Apakah mereka hanya mengambil sikap tunggu dan lihat sahaja dengan tidak mengambil tindakan untuk menyiram air. Apakah mereka berfikir bahawa rumput-rumput ini tidak penting? yang selama ini menghijau, menyelubungi tanah dan debu dari berterbangan bila terkena angin kereta, apakah tidakkah mereka tahu rumput-rumput inilah yang mengukuhkan tanah-tanah tempat dirinya bangunan-bangunan. Nah bagaimana jika rumput-rumput ini mati? sudah pasti tanah akan terdedah kepada hujan yang bakal menerjah dan menghakiskannya ke jalan-jalan raya seterusnya ke longkang lantas menyekat aliran air justeru berlakulah banjir kilat dan masalah-masalah sampingan yang akan dirasai oleh penghuni KOTA ini jadi bagaimana Kuala Lumpur ini akan tersenyum lagi?

Wednesday, July 6, 2011

ENTAH BILA AKAN BERAKHIR

Pada 04 Julai 2011 yang lalu ku lihat ramai jiran-jiran ku berkumpul sambil berbual di hadapan rumah ku.  Aku ingin mengetahui apa yang dibualkan lalu terus keluar mencampuri mereka dan terus bertanya ada apa-apa perkara yang aku tidak tahu. Mereka menyampaikan berita sedih iaitu seorang anak jiran telah terbunuh kerana kemalangan motorsikal yang diboncengnya ...Haaaaaa.. aku terus yakin akan peristiwa yang menimpa ke atas anak jiran tersebut kerana aku pernah menegur ayah mangsa bahawa anaknya kerap menaiki motorsikal dengan laju dan tidak menjaga keselamatan, malang yang timpa jiran ku ini adalah beliau baru saja terlibat dengan motorsikal juga dan kaki beliau masih lagi berbalut. Tanggapan aku salah yang menyangkakan anaknya yang gemuk itu terbunuh pada hal abangnya yang masih di tingkatan 5 itu yang terbunuh bersama seorang lagi kawannya. Emm kenapa perkara ini sering berlaku ?. Di malam hari kami menunggu jenazah sehingga jam 12.45 pm tapi masih lagi belum sampai disebabkan proses post moterm. Menurut waris simati mahu mengebumikan jenazah pada esok pagi tapi disyorkan oleh jiran-jiran yang lain agar disegerakan. Hj Darwis telah menalefon penggali kubur kira-kira jam 10pm dan bersetuju dengan syarat bayaran sebanyak RM200 kerana mereka terpaksa menggali berempat agar cepat siap.  Tatkala jenazah ingin disembahyangkan aku terdengan kawan simati menangis tersedu-sedu ...aku juga sebak bila mendengarnya...tapi apa boleh buat yang mati tak akan hidup kembali dan beginilah pengakhiran hidupnya, yang merisaukan kita pula bagaimana pula pengakhiran hidup kita nanti. Wallahhualam....

Wednesday, June 29, 2011

Senyumlah Kau Wahai Kuala Lumpur

Kuala Lumpur senyumlah dikau, moga-moga kau akan aman selama-lamanya.  Aku mula jejaki kau sejak 30 tahun yang lalu dengan diiringi lagu Senyumlah Kuala Lumpur oleh Allycats yang seiringan dengan perasaan ku semasa itu. Ketika itu kau memang pusat segalanya samada suka dan duka dengan hanya mercu tanda muda-mudi hanya Pertama Kompleks dan Sungai Wang Plaza. Ya aku masih ingat .....emm sungguh seronok ..ya.....Apakah kau masih ingat lagi wahai Kuala Lumpur dengan Pudu Raya mu dahulu ....hahaha sesak dengan teman-temanmu yang sibuk untuk ke tempat asal mereka...ya aku juga masih ingat ketika menemani teman gadis ku ketika itu bersama asap-asap bas yang hangit. Aku masih ingat lagi ketika aku sendiri berhempas-pulas mengejar bas Fo Hup atau SKS hahha seronoknya. itulah kau wahai Kuala Lumpur. Apakah kau masih ingat aku dan teman gadis ku menyusuri jalanmu yang lenggang di ketika itu dan disapa oleh kawan sepejabat ku hhaha..lucunya. Kuala Lumpur kau memang hebat.. Apakah kau masih ingat dengan setinggan-setinggan mu dulu?...tumbuh bagaikan cendawan hahha aku juga teringat diketika itu menyusuri lorong-lorong setinggan mu yang sempit hahha amat seronoknya.  Aku juga masih ingat dengan bas-bas mini mu dulu hahha ada yang kecil sehingga aku terpaksa tunduk dari Chow Kit Road ke Gombak hahah seronoknya bila didepan ku ada awek hahha. Wahai Kuala Lumpur kau memang mesra, kau memang meriah dimalam hari dengan pasar malam mu...Aku juga teringat bila makan satay di Pasar Malam  bila aku dan Osman terjun dari bas dan berlari pulang kerana sakit perut hahaha lucunya...............( bersambung)